Kolaborasi 7-Eleven dan Hausboom baru-baru ini telah memperkenalkan satu minuman baharu iaitu Slurpee Roti Bakar. Minuman kegemaran di 7-Eleven ini hadir dengan rasa yang terinspirasi dari sarapan klasik rakyat Malaysia.
Slurpee Roti Bakar ini adalah gabungan berani antara rasa nostalgia dengan inovasi moden. Bagi mereka yang tak pernah terlepas menikmati roti bakar bersama secawan kopi di pagi hari, Slurpee ini menawarkan pengalaman baharu – gabungan rasa sejuk dan segar bersama rasa manis dan krim yang halus.
Bagi anda yang ingin mencuba, Slurpee Roti Bakar ini boleh didapati di semua cawangan 7-Eleven di seluruh Malaysia.
Untuk pengetahuan anda, sebelum bekerjasama dengan 7-Eleven melalui penawaran Slurpee ini, Hausboom telahpun hadir dengan minuman Roti Bakar yang tersendiri. Ia ditawarkan di dalam bentuk botol kaca ikonik mereka dan dijual pada harga RM3.50 sebotol.