Selepas beberapa jenama kopi di pasaran mengumumkan pengiktirafan Halal oleh JAKIM untuk jenama mereka, kini satu lagi jenama kopi yang turut berada di dalam senarai iaitu HWC Coffee.
HWC Coffee baru-baru ini mengumumkan yang mereka kini sudah diiktiraf halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Pencapaian ini menandakan komitmen HWC Coffee dalam memastikan setiap produk yang ditawarkan memenuhi piawaian tertinggi dari segi kualiti dan kebersihan, serta memenuhi kehendak pelanggan Muslim.
Sijil Halal ini bukan sahaja bertujuan memberi keyakinan kepada pelanggan Muslim, tetapi juga mencerminkan dedikasi Gigi Coffee terhadap kesamarataan dan sensitiviti budaya dalam masyarakat yang pelbagai seperti di Malaysia.
Kini, kesemua cawangan HWC Coffee yang telah disahkan Halal dan patuh kepada garis panduan ketat halal yang ditetapkan oleh JAKIM. Proses pensijilan ini melibatkan pemeriksaan menyeluruh yang merangkumi aspek pengendalian makanan, penyediaan, serta sumber bahan mentah. Setiap perincian diambil kira untuk memastikan tahap kebersihan dan kehalalan dipatuhi dengan ketat.