ANTA SUPERSTORE Kini Dibuka Di 1 Utama – Menawarkan Variasi Pakaian Sukan Dan Produk Kolaborasi
Lina Rosli
Hari ini, ANTA Malaysia telahpun memperkenalkan kedai ANTA SUPERSTORE pertamanya di pusat beli-belah 1 Utama, Petaling Jaya.
Apa yang membezakan kedai mercu ini dengan cawangannya yang lain adalah penawaran produk berprestasi tinggi dan satu ruang khas untuk penggemar kecergasan, para atlet dan pengguna yang mementingkan gaya.

Menampilkan ruang seluas 6,300 kaki persegi, ANTA SUPERSTORE menampilkan pelbagai koleksi terkini ANTA termasuk pakaian sukan berprestasi tinggi, aksesori, pakaian gaya hidup dan produk hasil kolaborasi eksklusif.
Menurut ANTA Malaysia juga, kedai ANTA SUPERSTORE yang baharu ini mewakili komitmen ANTA untuk memudahkan akses kepada pakaian sukan dan gaya hidup berkualiti tinggi untuk rakyat Malaysia daripada semua peringkat umur. Dengan kedai baharu ini, ANTA menyasarkan untuk menjangkau lebih ramai pelanggan sambil terus menawarkan peralatan dan pakaian berkualiti ANTA pada harga yang berpatutan.

Untuk meraikan pembukaan besar-besarannya, ANTA SUPERSTORE melancarkan promosi eksklusif dan peluang untuk mendapatkan hadiah dengan pembelian. Pembeli boleh mendapatkan hadiah dengan perbelanjaan minimum RM499 sementara stok masih ada.
Bagi anda yang ingin berkunjung ke ANTA SUPERSTORE, ia terletak di Lot LG 306, 1 Utama Shopping Centre.