Selepas pengenalan empat burger premium Sweet & Spicy Aren Crispy Chicken Katsu, BBQ Beef with Crispy Beef Strips, Spicy Buffalo Crispy Chicken Katsu dan Brader Ble Cheeseburger, kini Bask Bear Coffee dengan pilihan burger klasik pada harga bermula RM6.90 sahaja.
Bagi anda yang ingin mencuba burger baharu dari Bask Bear Coffee ini, mereka menawarkan tiga pilihan burger iaitu BB Fluffy Egg Burger, BB Classic Chicken Burger dan juga BB Classic Beef Burger.
Kesemuanya disajikan dengan patti yang lembut dan padat, dipadankan dengan roti yang empuk serta bahan-bahan segar. Menu ini dihasilkan untuk memastikan pelanggan mendapat pengalaman makanan premium tanpa perlu membayar harga yang tinggi.
Menerusi pengenalan burger baharu ini, Bask Bear Coffee juga menawarkan Lemon Fizz sebagai pilihan minuman tambahan dengan hanya RM3 sahaja. Minuman ini memberi kesegaran yang tepat untuk melengkapkan hidangan burger anda, terutama dalam cuaca panas.
Untuk mendapatkannya, anda boleh berkunjung ke semua cawangan Bask Bear Coffee di seluruh negara.