CHAGEE Bakal Buka Cawangan Pertama Di Kelantan Pada November 2024

November 7, 2024
Makanan & Minuman

Lina Rosli

Khusus untuk peminat CHAGEE di Kelantan, jenama teh ini dijangka akan membuka cawangan pertama mereka di Kota Bharu pada November 2024.

Berdasarkan perkongsian media sosial AEON Mall Kota Bharu, pembukaan ini pasti akan menjadi berita gembira buat penggemar teh, terutamanya di sekitar kawasan berkenaan.

Bagi yang belum pernah mencuba, CHAGEE terkenal dengan pelbagai pilihan teh yang menggabungkan rasa tradisional dengan sentuhan moden. Dari teh oolong hingga teh hijau, serta minuman teh susu yang disukai ramai, setiap gelas di CHAGEE menawarkan pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Untuk pengetahuan anda juga, CHAGEE telahpun memperoleh pengiktirafan sijil halal dari JAKIM untuk barisan produk mereka – sejak September 2023.

Dengan ini, penggemar minuman teh CHAGEE tidak perlu ragu-ragu lagi dengan penawaran minuman CHAGEE kerana semua proses pengeluaran produk mereka akan mendapat semakan terakhir untuk memastikan semua syarat-syarat halal dipenuhi sebelum penghantaran keluar produk ke semua cawangan di Malaysia. 

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd