HABIB Meraikan Keanggunan Berlian Di Bulan November Ini – Menampilkan Pilihan Rekaan Menawan Untuk Setiap Gaya
Lina Rosli
Di sepanjang November ini, HABIB dilihat meraikan kilauan berlian yang memikat melalui koleksi-koleksi rekaan yang eksklusif dan elegan.
Dengan pelbagai pilihan berlian dalam emas putih, emas kuning dan emas merah jambu, koleksi ini menonjolkan daya ketukangan yang mengagumkan – direka khusus untuk memenuhi setiap gaya dan bajet pelanggan.

Koleksi terbaru yang ditawarkan HABIB menampilkan beberapa reka bentuk unik dan memukau yang sesuai untuk mereka yang menghargai keindahan berlian:
- H by HABIB – Koleksi H by HABIB dicipta khas untuk wanita moden dan minat bergaya. Direka dengan inspirasi huruf “H”, koleksi ini menampilkan rekaan kontemporari dalam bentuk rantai tangan, cincin, dan anting-anting yang hadir dalam emas 18K – sesuai untuk sentuhan moden dan abadi.

- Adore – Koleksi Adore pula menampilkan kluster berlian bulat yang disusun untuk menyerupai solitaire besar. Setiap rekaan dipadukan dengan berlian utama yang lebih besar, mencipta ilusi mewah dan menjadi tarikan utama koleksi ini.

- Empress – Empress pula membawa gabungan empat berlian potongan marquise dan satu berlian potongan princess yang menghasilkan gaya solitaire bulat yang anggun. Reka bentuk ini memberikan sentuhan eksklusif dan romantik – pilihan ideal untuk cincin pertunangan atau perkahwinan.

- Polaris -Dinamakan bersempena bintang yang paling terang di langit, menampilkan berlian solitaire besar yang dikelilingi berlian kecil. Reka bentuk ini mencipta ilusi berlian solitaire yang besar pada harga yang berpatutan.

- Tulus – Koleksi Tulus diinspirasikan oleh seni kaligrafi Arab, menggabungkan unsur abjad Latin dan tulisan Arab dalam rekaan rantai leher dan tangan yang penuh makna – melambangkan keunikan setiap pemakai.

Selain koleksi rekaan tempatan, pelanggan juga boleh menerokai barangan kemas eksklusif dari jenama antarabangsa. HABIB turut menampilkan Vela dari Hearts on Fire – terkenal dengan potongan berlian paling sempurna dan Korlove dari Korloff, jenama Perancis yang menonjolkan reka bentuk kontemporari dan unik.

Promosi Menarik Sepanjang Bulan November
Bagi peminat barang kemas berlian, bulan ini adalah masa yang sesuai untuk melengkapkan koleksi. HABIB menawarkan promosi menarik sepanjang November, memastikan pelanggan boleh memiliki rekaan mewah dengan harga yang lebih berpatutan.
Untuk maklumat lanjut atau melihat koleksi secara langsung, pelanggan boleh mengunjungi bilik pameran HABIB berdekatan dari 7 hingga 28 November 2024, layari www.habibjewels.com, atau ikuti media sosial rasmi HABIB di Instagram dan TikTok @habibjewelsofficial.