Berita baik buat peminat anime dan fesyen, Skechers baru-baru ini telah memperkenalkan koleksi baharu hasil kolaborasi bersama anime popular Jepun, Jujutsu Kaisen.
Koleksi eksklusif ini hadir dengan rekaan karakter utama seperti Itadori Yuji, Satoru Gojo, Fushiguro Megumi dan Kugisaki Nobara ke dalam barisan produk gaya hidup, termasuk kasut, pakaian dan aksesori.

Kasut Yang Menggabungkan Gaya dan Keselesaan
Berikut adalah beberapa pilihan kasut yang ditawarkan:
Skechers Street™ Koopa (RM459)
Kasut ini hadir dalam pilihan warna menarik seperti Navy Blue, Natural Red, dan Green Grey. Direka dengan kulit premium serta lapisan sintetik yang tahan lama – setiap pasang memperlihatkan ilustrasi wajah karakter Jujutsu Kaisen di bahagian belakang.
Dengan teknologi Skechers Air-Cooled Memory Foam, kasut ini memastikan keselesaan sepanjang hari sambil memberikan sokongan dan kestabilan.
Skechers Foamies® Surge (RM299)
Bagi yang mengutamakan keselesaan, Skechers Foamies Surge dalam koleksi ini sangat sesuai untuk penggunaan harian. Rekaannya yang ringan dan selesa membuatnya sesuai untuk sebarang cuaca, dengan tali laras untuk kestabilan tambahan dan teknologi anti-bau yang memastikan kesegaran sepanjang hari.

Koleksi Pakaian Skechers X Jujutsu Kaisen
Koleksi pakaian Skechers x Jujutsu Kaisen hadir dengan pelbagai pilihan seperti t-shirt, hoodie dan seluar pendek – setiap satunya direka dengan elemen-elemen karakter utama. Menggunakan material kain yang lembut dan sejuk memastikan pemakaian selesa sepanjang hari. Selain itu, ia turut memfokuskan rekaan yang kasual menambahkan gaya yang unik dan trendy kepada pemakai.
Setiap rekaan direka khas untuk kedua-dua lelaki dan wanita, menjadikannya sesuai dipakai oleh peminat anime yang ingin menunjukkan kecintaan mereka terhadap Jujutsu Kaisen dalam penampilan harian.

Skechers turut memperkenalkan rangkaian beg dalam koleksi ini, dengan harga bermula dari RM179. Setiap beg dihiasi dengan logo Jujutsu Kaisen dan jimat istimewa dari Jujutsu High, menjadikannya pilihan aksesori yang praktikal dan bergaya.
Bagi yang berminat, koleksi Skechers x Jujutsu Kaisen ini boleh didapati di laman web Skechers, Shopee, Lazada dan beberapa kedai konsep terpilih seperti Pavilion Bukit Jalil, Pavilion Damansara Heights, Suria KLCC, The Exchange TRX dan 1 Utama Shopping Centre.
Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan koleksi yang menarik ini dan tampil unik dengan sentuhan anime kegemaran anda.