UNIQLO baru-baru ini telah melancarkan koleksi terbaru HEATTECH – teknologi pakaian musim sejuk yang inovatif dan nipis. Menerusi teknologi ini, ia mampu mengubah wap air dari badan menjadi haba.
Bagi koleksi musim luruh/sejuk 2024 ini, UNIQLO memperkenalkan HEATTECH EXTRA WARM Cashmere Blend daripada koleksi UNIQLO : C untuk wanita.
Dengan campuran 9% kashmir, material baharu ini memberikan rasa lembut dan 30% lebih ringan daripada versi sebelumnya. Bukan itu sahaja, ia juga memberikan 1.5 kali kehangatan berbanding HEATTECH biasa,


Pakaian ini dihasilkan dengan rajutan longgar untuk memastikan tekstur kain terasa ringan tetapi tetap hangat. Pakaian ini hadir dalam gaya turtleneck dan crew neck, dengan pilihan warna yang pelbagai dan sesuai sebagai lapisan tambahan dari musim luruh hingga awal musim bunga.
HEATTECH untuk Lelaki – Menampilkan Pilihan Mock Neck Terbaru
Buat pertama kalinya, koleksi HEATTECH untuk lelaki menampilkan gaya mock neck dalam siri EXTRA WARM.
Direka untuk memberikan penampilan yang kemas dan bergaya, mock neck ini boleh digayakan sebagai pakaian lapisan dalam atau sebagai pakaian luaran yang elegan. Sangat sesuai untuk aktiviti luar seperti golf atau sebagai pakaian pejabat apabila digabungkan dengan seluar formal dan jaket.


Bukan itu sahaja, loleksi terbaru juga menampilkan hasil kolaborasi dengan jenama Perancis, PRINCESSE tam tam. Di antara item menarik ialah HEATTECH EXTRA WARM Ribbed Ballet Neck Bra T-shirt (RM129.90), yang direka dengan leher balet untuk menonjolkan décolleté.
Koleksi ini membawa cetakan unik dan warna cerah yang menjadi ciri khas PRINCESSE tam tam, memberikan sentuhan elegan kepada peminat gaya musim sejuk yang mengutamakan keselesaan dan fesyen.
Dengan koleksi terbaru HEATTECH 2024, UNIQLO terus menyokong gaya hidup musim sejuk, menjadikan musim sejuk lebih hangat, ringan dan selesa untuk semua.