Carian
Shake Shack Buka Cawangan Kedua Di Sunway Pyramid – Menampilkan Reka Bentuk Dan Susun Atur Seakan Di Mesir
November 12, 2024 Lina Rosli

Berita baik buat peminat burger Shake Shack kerana cawangan kedua mereka di Malaysia telahpun dibuka di Sunway Pyramid – bahagian OASIS.

Membawa lebih dari sekadar hidangan, Shake Shack di Sunway Pyramid tampil dengan kolaborasi seni bersama Jaemy C, artis visual Malaysia yang terkenal dengan gaya kaligrafi oriental kontemporari yang dipadukan dengan elemen budaya pop.

Di cawangan terbarunya, Jaemy C menyuntik elemen unik yang mengambil inspirasi dari reka bentuk Mesir yang ikonik di Sunway Pyramid. Setiap inci ruang dihias dengan karya seni Jaemy yang kreatif – yang mana ia menggabungkan hieroglif serta ikon Shake Shack.

Untuk menu dan hidangan yang disajikan, Shake Shack hadir dengan barisan hidangan klasiknya, termasuk ShackBurger, Chicken Shack, kentang goreng crinkle cut, lemonade dan juga frozen custard yang segar dan berkrim.

Apa yang menarik juga adalah pengenalan hidangan eksklusif Malaysia – kerjasama Shake Shack dengan pengeluar tempatan. Ini adalah sebahagian daripada misi Shake Shack untuk “Stand For Something Good” – memastikan pengalaman hidangan yang berkualiti sambil menyokong produk tempatan.

Bagi anda yang ingin berkunjung ke cawangan Shake Shack Sunway Pyramid, ia terletak di OB.K2, OB.K3 & OB.K3C di Oasis Boulevard.

Komen