Carian
Sunway Pyramid Oasis – Ruang Beli-Belah Dengan Reka Bentuk Bertemakan Neo-Mesir
November 12, 2024 Lina Rosli

Sunway Pyramid baru-baru ini melancarkan OASIS, ruang beli-belah yang menawarkan pengalaman membeli-belah yang lebih segar dan inovatif. Dengan reka bentuk bertemakan Neo-Mesir yang moden, OASIS menjadi tarikan utama di pusat membeli-belah ini, memberi pengalaman yang unik dan menyeronokkan kepada pengunjung.

Berdasarkan perkongsian, apabila memasuki OASIS, pengunjung akan disambut dengan palet warna bumi yang lembut, dihiasi dengan hiasan hieroglif, kerusi berbentuk bunga papirus serta sentuhan emas yang memberikan suasana mewah tetapi tetap mesra.

Dengan keluasan sebesar 300,000 kaki persegi, OASIS menghubungkan dua atrium utama di pusat beli-belah ini – Orange Atrium (Sun) dan Blue Atrium (Nile River). Konsep reka bentuk ini bukan sahaja memperkenalkan unsur seni yang menawan, malah memberikan pengalaman yang lebih imersif ketika membeli-belah.

Sunway Pyramid OASIS Hadir Dengan Lebih 100 Jenama Dan Pilihan Makanan

Di OASIS, mereka menawarkan lebih daripada 100 kedai tempatan dan antarabangsa, termasuk MUJI terbesar di Malaysia dengan kapasiti ruang seluas 26,000 kaki persegi.

Pengunjung juga boleh menikmati ketenangan jiwa dan mental di Caudalie, selain mencari produk penjagaan diri yang berkualiti dari Innisfree dan Laneige – yang mana di OASIS, Laneige memperkenalkan kedai konsep unik yang pertama di Malaysia.

Selain itu, para pengunjung turut ditawarkan pilihan makanan dan minuman daripada restoran mesra-muslim yang digemari ramai seperti VCR, Cinnabon, CHAGEE Modern Tea House dan DIN oleh Din Tai Fung.

Untuk jenama fesyen, antara yang dibuka di OASIS termasuklah jenama pakaian kegemaran ramai Love, Bonito, Urban Revivo, Sport Directs dan banyak lagi.

Tidak hanya itu, OASIS turut memperlihatkan kehadiran Jaya Grocer yang juga telah direka semula – kini terletak di LG2. Dini sini, anda boleh mendapatkan variasi pilihan makanan laut, sayur-sayuran segar dari Cameron Highlands dan juga sudut K Kitchen yang menyajikan makanan Korea.

Dengan gabungan reka bentuk yang memukau, kemudahan yang moden dan juga variasi pilihan beli-belah dan makanan, OASIS di Sunway Pyramid pasti menjadi destinasi kegemaran baru di Malaysia.

Jadi, jika anda mencari pengalaman membeli-belah yang berbeza dan menarik, pastikan untuk melawat OASIS dalam lawatan anda yang seterusnya.

Komen