Carian
Continental Tawar Pembelian Tayar Secara Atas-Talian Menerusi Program Mini Di TNG eWallet
November 13, 2024 Lina Rosli

Continental baru-baru ini memperkenalkan Program Mini di aplikasi TNG eWallet. Pengenalan ini dilihat bertujuan untuk memudahkan pemandu di Malaysia melakukan pembelian tayar berkualiti dengan hanya beberapa ketikan pada telefon bimbit mereka. 

Untuk pengetahuan anda, menerusi Program Mini juga, ia membantu pengguna mencari corak dan saiz tayar yang betul, dengan pilihan untuk membeli. Apa yang menarik adalah pengguna boleh menggunakan kod promosi, memilih pengedar berdekatan dan menjadualkan pemasangan dalam kedai di lebih 120 kedai tayar Continental yang mengambil bahagian di seluruh negara melalui Program Mini.

Setelah mengesahkan pembayaran melalui TNG eWallet, pelanggan hanya perlu memandu ke pengedar terpilih untuk pemasangan percuma, termasuk pengimbangan, dengan perkhidmatan penjajaran pilihan yang tersedia.

Bagi meraikan pelancaran dan meningkatkan keyakinan pembelian tayar dalam talian, Continental menawarkan promosi eksklusif dari 7 November hingga 30 November, bertepatan dengan Jualan Mega 11.11 yang amat dinanti-nantikan. Pelanggan boleh menikmati pulangan tunai sehingga RM1 juta, dengan purata 15% pulangan tunai setiap transaksi.

Pelanggan yang membelanjakan minimum RM300 dalam satu transaksi antara 7 Nov 2024 hingga 31 Jan 2025 pula secara automatik akan menyertai cabutan bertuah dan memperoleh satu penyertaan untuk setiap RM300 yang dibelanjakan.

Hadiah utama merangkumi jongkong emas bernilai RM10,000, serta hadiah-hadiah menarik seperti tiga iPhone 16 Pro, dua konsol PS5, dua Huawei MatePad 11.5” Edisi PaperMatte, dan dua Baucar Trapo. Pemenang mingguan juga boleh menerima pulangan tunai untuk pembelian tayar Continental mereka (3 pemenang setiap minggu) dan Kad NFC Continental x Touch ‘n Go Edisi Terhad. 

Menurut Continental, dengan adanya kerjasama ini, ia menandakan suatu pencapaian yang penting untuk mereka – kini hadir dengan inovasi digital. Dan dengan platform baharu ini, ia dijangka akan memudahkan rakyat Malaysia membeli tayar Continental secara atas-talian.

Melengkapkan kehadiran Continental adalah perlaksanaan jualan di Shopee dan Lazada – inisiatif ini menunjukkan komitmen mereka terhadap inovasi digital dan berada ‘dalam pasaran, untuk pasaran,’ dengan memenuhi keperluan pelanggan kami secara konsisten.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://visit.tngdigital.com.my/continentaltyre.

Komen