Carian
Jotun Akan Memperkenalkan Jotun Studio Secara Berperingkat Mulai Tahun 2025
November 14, 2024 Lina Rosli

Jotun kini melangkah setapak ke hadapan dalam memberi pengalaman terbaik kepada pelanggannya dengan memperkenalkan Jotun Studio, sebuah kedai konsep yang menawarkan suasana moden dan kemudahan pilihan warna cat yang inovatif.

Di Jotun Studio, pelanggan dapat melihat sendiri padanan warna cat dalam susun atur atau ruang yang ingin anda ubah – menjadikan proses memilih warna lebih mudah dan pantas.

Di kedai konsep ini, pelanggan boleh menggabungkan pelbagai pilihan warna serta mendapatkan panduan visual tentang bagaimana warna-warna tertentu sesuai untuk ruang yang berbeza.

Selain itu, terdapat juga bahagian di dalam kedai yang disusun dan direka bagi memudahkan anda memperoleh inspirasi – untuk menghias rumah atau premis dengan gaya yang lebih menarik.

Jotun Studio juga menyediakan khidmat nasihat profesional di mana pelanggan boleh berunding dengan pakar warna Jotun untuk mendapatkan pandangan tentang pilihan warna yang sesuai berdasarkan jenis ruang dan pencahayaan.

Dengan ini, Jotun bukan sahaja menawarkan produk berkualiti tinggi tetapi juga pengalaman membeli yang lebih interaktif dan bersifat individu.

Untuk pengetahuan anda, pengenalan Jotun Studio ini dijangka akan dilakukan secara berperingkat mulai tahun 2025 dan akan diperluaskan ke lebih banyak lagi negara – di seluruh dunia.

Komen