Dalam sebuah acara Jotun yang diadakan di The Estate Federal Hill baru-baru iniJotun kini memperkenalkan satu lagi pilihan cat premium yang elegan iaitu Jotun Majestic Pure Color, direka untuk mereka yang menginginkan hasil warna yang mendalam dengan kemasan kusam yang mewah.
Untuk pengetahuan anda, sebelum ini, Jotun telahpun hadir dengan jenis cat kilau menerusi produk Jotun Majestic Sense – Sheen yang juga mendapat sambutan baik daripada orang ramai.

Dan kali ini, mereka kembali lagi dengan inovasi yang sememangnya akan memberikan hasil paparan yang lebih premium. Ini kerana kemasan kusam Jotun Majestic Pure Color menampilkan warna yang lebih pekat dan lembut, mengurangkan pantulan cahaya dan menyerlahkan tona sebenar warna pada dinding.
Bukan itu sahaja, selain estetika, produk ini juga menawarkan daya tahan tinggi dan mudah diselenggara, memastikan warna kekal indah dalam jangka masa panjang.

Dengan menggunakan teknologi canggih, Jotun Majestic Pure Color memastikan aplikasi cat yang licin dan seragam tanpa kesan sapuan yang kasar. Ia bukan sahaja mencipta suasana yang lebih eksklusif, tetapi juga memberikan ketenangan dalam setiap ruang yang dihias.
Tambahan pula, produk ini dirumus dengan komitmen terhadap kesihatan, bebas daripada bahan kimia berbahaya, menjadikannya selamat untuk kegunaan di rumah.

Untuk koleksi ini, Jotun hadir dengan beberapa pengenalan warna baharu – yang dijangkan akan menjadi pilihan ramai untuk tahun 2025 ini. Ini termasuk warna coklat gelap dengan kod warna Mellow, yang memberikan sentuhan yang lebih tenang di balik warna pastel kekuningan.
Anda juga boleh mendapatkan warna krim kekelabuan, yang menggunakan kod waran Sunny Green. Apabila dipadankan dengan pilihan warna biru, ia memberikan kontras untuk kesegaran seperti pantai.

Secara keseluruhan, Jotun telahpun memperkenalkan lebih daripada 900 pilihan warna cat berbeza – yang menyajikan tona warna yang betul-betul menepati kriteria yang anda inginkan. Sebagai contoh, warna di antara warna hijau dan biru, ataupun warna seakan warna merah tetapi lebih kepada jingga dan sebagainya.