Merupakan tahun ketiga Tsutaya Bookstore di Malaysia, kini jenama kedai buku terbesar di Jepun telah hadir dengan cawangan ketiga mereka di AEON Tebrau City di Johor Bahru.
Sebelum ini pada tahun 2023 mereka telahpun rasmi membuka cawangan kedua mereka di yang terletak di Intermark Mall Kuala Lumpur.

Bagi anda yang ingin berkunjung ke, Tsutaya Bookstore ini, lokasi kedai buku ini terletak di atas G-130 di AEON Tebrau City.
Anda boleh menjangkakan yang mana kedai buku ini bakal hadir dengan penawaran yang meriah selain turut akan menampilkan pelbagai servis lain yang menarik khusus buat penggemar buku pada era moden ini.

Sama seperti kedai buku mereka yang di Kuala Lumpur, Tsutaya Bookstore menampilkan konsep kedai buku yang unik dan minimalis ala-ala Japandi yang menggabungkan garis halus dan moden Scandinavia bersama keanggunan estetika Jepun. Selain itu, Tsutaya Books turut hadir dengan ruang kafe untuk pengunjung yang ingin menikmati secangkir kopi.