Skechers Memperkenalkan Koleksi Skechers GOrun Razor 5 – Kasut Larian Yang Menggabungkan Keselesaan Dan Prestasi
Lina Rosli
Bagi anda yang sedang mencari kasut larian baharu untuk aktiviti harian anda, nampaknya anda boleh menambah kasut terbaru dari Skechers di dalam senarai pembelian anda.
Untuk pengetahuan anda, Skechers baru-baru ini telahpun memperkenalkan koleksi kasut larian baharu iaitu Skechers GOrun Razor 5 – keluaran terbaru dalam siri GOrun. Kasut ini direka untuk lelaki dan wanita yang mementingkan keselesaan, kestabilan dan prestasi terbaik di sepanjang penggunaan kasut.

Antara ciri-ciri utama yang ditawarkan pada kasut larian ini termasuklah penggunaan Skechers HYPER BURST Pro yang mana ia merupakan teknologi foam canggih yang memberikan kesan lapisan yang ringan bagi menjadikan pergerakan lebih responsif.
Selain itu, Skechers GOrun Razor 5 ini juga dilengkapi dengan teknologi Hyper Arc yang direka untuk meningkatkan kstabilan dan menyokong prestasi semasa berlari yang mana ia mengurangkan geseran antara tumit dan jari kaki dengan kusyen.
Ditambah lagi dengan rekaan tapak kasut yang lebih dinamik menggunakan Skechers Arch Fit, ia sekaligus mengurangkan keletihan kaki di sepanjang pemakaian.

Selain menawarkan ciri teknikal hebat, Skechers GOrun Razor 5 hadir dalam pilihan warna ceria seperti White Multi dan Orange, menjadikannya bukan sahaja praktikal tetapi juga bergaya untuk setiap langkah anda.
Bagi anda yang berminat, Skechers GOrun Razor 5 dijual pada harga RM699 dan boleh didapati melalui laman web rasmi Skechers ataupun kedai konsep terpilih seperti Pavilion Bukit Jalil, Pavilion Damansara Heights, Pavilion KL, Sunway Pyramid, Suria KLCC, The Exchange TRX dan 1 Utama Shopping Centre.