Milk & Barley Dibuka Di Berjaya Times Square – Menyajikan Variasi Pilhan Pastri Yang Dimasak Segar Serta Menampilkan Stesen Susu Layan Diri

November 20, 2024
Makanan & Minuman

Lina Rosli

Milk & Barley, jenama bakeri yang mendapat gelaran Arabica of the baking world kini dibuka di Malaysia. Dengan pembukaan kedai pertamanya di Berjaya Times Square, Milk & Barley memperkenalkan pengalaman bakeri yang bukan sahaja segar tetapi penuh dengan inovasi.

Berdasarkan perkongsian, Milk & Barley ini menyajikan variasi pilihan tart yang segar – selari dengan misi mereka iaitu, “fresh never overnight,” yang mana menawarkan hidangan tart yang panas dari ketuhar.

Bukan itu sahaja, salah satu tarikan utama di Milk & Barley adalah stesen susu layan diri pertama di Malaysia. Pelanggan boleh menuangkan susu segar dari mesin layan diri untuk melengkapkan hidangan pastri. Antara hidangan tart yang ditawarkan termasuklah Cookie Tart, Caramel Tart, Signature Tart dan Crispy Tart.

Tidak hanya itu, Milk & Barley juga memperkenalkan Countdown Discount Screens yang menawarkan diskaun progresif pada item terpilih menjelang waktu tutup kedai. Ini bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran, tetapi turut memberikan peluang kepada pembeli untuk menikmati produk segar pada harga yang lebih menarik.

Bagi para selebriti dan pempengaruh tempatan, mereka juga berpeluang untuk mengurus kedai Milk & Barley selama sehari – menerusi Program Pengurus Kedai Sehari. Dengan ini mereka boleh mengalami sendiri pengalaman yang lebih dekat dengan pelanggan ketika mengurus perniagaan.

Tambah Milk & Barley lagi, jenama ini merancang untuk membuka sekitar 10 cawangan lain di seluruh Malaysia. Ini bagi memudahkan akses penggemar untuk produk bakeri segar dan berkualiti ke lebih banyak kawasan bandar

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd