Hyatt Centric City Centre Kuala Lumpur hadir dengan kempen “Hyatt and C”, yang mana ia merupakan sebuah inisiatif yang mengajak orang ramai untuk menjelajah dan menerokai bandar raya Kuala Lumpur sambil mencari 20 pelekat eksklusif di lokasi ikonik dan tersembunyi di sekitar bandar raya ini.
Dilancarkan lebih awal sebelum pembukaan hotel pada Januari 2025, inisiatif ini menggabungkan seni jalanan bersama artis grafiti tempatan, Jefr, untuk mencipta pengalaman penerokaan bandar yang berbeza.

Pelekat-pelekat ini mewakili pelbagai lokasi menarik di sekitar kota Kuala Lumpur – bermula daripada kafe tersorok hingga galeri seni yang penuh kreativiti. Peserta hanya perlu mengambil swafoto bersama pelekat tersebut dan memuat naiknya ke laman web hyattandc.com.


Dengan mengumpulkan sekurang-kurangnya 16 swafoto, anda berpeluang memenangi hadiah utama termasuk penginapan 3 hari 2 malam di Suite 17, sarapan pagi untuk dua orang, baucar makan RM300, dan 5,000 mata ganjaran World of Hyatt.
Hadiah lain seperti penginapan Studio King dan baucar makan eksklusif turut ditawarkan. Kempen ini berlangsung sehingga 31 Disember 2024 dan pemenang akan diumumkan pada Januari 2025. Dengan ini “Hyatt and C” bukan sahaja meraikan seni dan budaya Kuala Lumpur, tetapi juga membawa anda lebih dekat dengan nadi kehidupan bandar raya ini.