Bask Bear Coffee baru-baru ini hadir dengan pengenalan menu baharu iaitu XL Chicken Skin Burger – yang merupakan hidangan pertama seumpamanya di Malaysia.
Burger ini menggabungkan kelembutan ban roti dengan kulit ayam yang pedas dan rangup – sesuai untuk anda yang menggemari hidangan yang unik tetapi ringkas.
Selain XL Chicken Skin Burger, Bask Bear Coffee turut membawakan dua lagi menu berasaskan kulit ayam termasuklah:
- Chicken Skin Egg Toastie – Kombinasi telur gebu dan kulit ayam rangup diapit dengan roti bakar lembut. Pilihan yang sesuai untuk sarapan atau kudapan santai.
- Crispy Chicken Skin – Menyajikan kulit yang rangup, ringan, dan penuh rasa, ia sesuai sebagai snek atau pelengkap kepada minuman kopi kegemaran anda.


Dalam setiap hidangan, burger ini disempurnakan dengan sos mayonis dan keju berkrim, bersama salad segar untuk memberikan keseimbangan rasa yang sempurna.
Untuk mencuba hidangan ini, anda boleh kunjungi ke cawangan Bask Bear Coffee berhampiran anda dan pesan XL Chicken Skin Burger dan hidangan kulit ayam yang lain bermula hari ini. Bukan itu sahaja, sekiranya anda melakukan pesanan melalui aplikasi mereka, anda berpeluang untuk mendapatkan minuman Lemon Fizz secara percuma.