Setelah empat tahun terhenti, Malaysia Year-End Sale (MYES) kini kembali menghidupkan semula suasana membeli-belah di Malaysia. Berlangsung dari 21 November hingga 31 Disember 2024, acara ini bukan sahaja menawarkan promosi menarik dan diskaun hebat, tetapi juga memperkukuhkan imej Malaysia sebagai destinasi membeli-belah bertaraf dunia.
Dianjurkan dengan kerjasama Alipay+ dan Tourism Malaysia, MYES 2024 menjanjikan pengalaman membeli-belah yang bermakna dengan slogan “MY Priceless Experience.” Inisiatif ini dijangka memberi impak positif kepada pendapatan pelancongan Malaysia dengan sokongan daripada operator pusat beli-belah, hotel, agensi pelancongan, syarikat penerbangan dan pelbagai pemain industri tempatan.

Bersempena sambutan Hari Natal juga, Pavilion Kuala Lumpur hadir dengan dekorasi bertemakan ‘Christmas Enchantment’, menjadikannya destinasi yang memikat hati pelancong. Pengunjung boleh menikmati pelbagai promosi seperti:
- AX Armani Exchange: Diskaun 40% untuk jualan akhir musim (22 November – 19 Disember)
- GUESS & GUESS Kids: Diskaun sehingga 50% untuk barangan terpilih
- Carlo Rino: Diskaun sehingga 70%
Selain itu, Pavilion Elite di aras 5 turut menjadi lokasi untuk booth Alipay+ yang mana pengunjung boleh menyertai permainan interaktif dan menebus kupon diskaun serta barangan eksklusif sehingga 5 Januari 2025.
Kempen Pertama Alipay+ Di Malaysia – Fokus kepada Pelancong Antarabangsa
Apa yang menjadikan MYES 2024 ini lebih menarik adalah penawaran diskaun eksklusif Alipay+ kepada para pengguna Alipay khususnya para pelancong, terutamanya dari China:
- Diskaun RMB100 dengan perbelanjaan minimum RMB2,088
- Diskaun RMB200 dengan perbelanjaan minimum RMB3,888

Bagi pengguna Alipay+ lain, tawaran khas termasuk:
- Diskaun RM5 dengan perbelanjaan minimum RM50
- Diskaun RM25 dengan perbelanjaan minimum RM400
- Diskaun RM90 dengan perbelanjaan minimum RM1,000
Kemudahan ini menyokong transaksi pembayaran mudah alih rentas sempadan, membolehkan pengunjung dari China, Singapura, Thailand, Korea Selatan dan Filipina berbelanja dengan lebih mudah.
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menikmati kemeriahan MYES di Pavilion Kuala Lumpur dan seluruh negara. Jadikan pengalaman membeli-belah anda lebih berharga dengan tawaran istimewa dan suasana yang memukau!