Carian
Pertama Di Terengganu, FamilyMart Di Jalan Pejabat Kini Dibuka – Turut Menampilkan FamiCafe
November 25, 2024 Lina Rosli

Pada Mei 2024 yang lepas, FamilyMart telahpun meluaskan penawaran mereka ke Pantai Timur Malaysia – yang mana ia buka cawangan pertama bagi negeri Pahang di KotaSas, Kuantan.

Dan kini, FamilyMart memperluaskan lagi penawaran mereka di Pantai Timur dengan membuka sebuah cawangan baharu di Kuala Terengganu – memilih Jalan Pejabat sebagai lokasi ideal untuk cawangan pertama mereka.

Di FamilyMart ini, para pengunjung boleh mendapatkan variasi pilihan produk popular mereka termasuk snek, makanan sejuk beku, minuman dalam tin dan lain-lain. Terdapat juga FamiCafe yang menyajikan variasi pilihan makanan panas dan juga kopi untuk dinikmati – ditawarkan pada harga yang berpatutan.

Bersempena dengan pelancaran cawangan baharu ini juga, terdapat pelbagai promosi dan diskaun yang ditawarkan kepada pengunjung. Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke FamilyMart Jalan Pejabat bermula hari ini.

Komen