Carian
Selain Karipap IKEA Yang Lazat, Kedai Khas Makanan Sweden IKEA Turut Hadir Dengan Beberapa Kudapan Lain
December 3, 2024 Lina Rosli

Tidak dapat dinafikan, karipap IKEA sebelum ini memang menjadi buah mulut ramai. Dengan pastri yang rangup, inti berempah yang padat dan aroma yang menyelerakan, ia pilihan kudapan paling ikonik selepas penat menjelajah ruang pameran IKEA.

Namun, jika anda ingin meneroka lebih banyak pilihan yang mungkin menggoda selera, Kedai Khas Makanan Sweden IKEA turut menawarkan pelbagai kudapan lain yang boleh menyelerakan. Berikut adalah beberapa cadangan makanan yang boleh anda terokai:

#1 Biskut Nipis Halia Dengan Badam KAFFEREP

Biskut ini menawarkan gabungan unik rasa halia dan badam, memberikan kehangatan rempah-ratus yang sesuai dengan cuaca sejuk atau saat santai.

Untuk gabungan yang lebih sempurna, anda boleh menikmatinya bersama secawan kopi – sesuai dihidangkan sama ada untuk sarapan pagi ataupun hidangan lewat petang.

#2 Ban Inti Biskut Halia GIFFLAR

Tekstur lembut doh ban ini melengkapkan rasa inti biskut halia yang manis dan berempah. Untuk memastikan ia lazat untuk dinikmati, anda boleh memanaskan ban ini seketika sebelum makan untuk aroma yang lebih harum dan rasa yang lebih memikat.

#3 Pai Epal Ala Sweden

Dengan inti epal berempah kayu manis dan pastri keemasan, pai ini adalah pilihan ideal untuk pencuci mulut selepas makan malam. Tambahkan sesudu ais krim untuk sentuhan tambahan yang menyelerakan.

#4 Trio Biskut Mentega

Menampilkan bentuk-bentuk ceria dan comel, biskut mentega ini lebih daripada sekadar makanan ringan – ia juga sesuai sebagai hiasan meja makan atau hadiah kepada rakan-rakan.

#5 Set Biskut Halia VINTERSAGA

Bagi pencinta biskut halia yang rangup dan berempah, Set Biskut Halia VINTERSAGA adalah pilihan terbaik. Set ini hadir dengan pelbagai bentuk dan boleh digunakan untuk membina rumah biskut halia impian anda dan sedia menjadi watak utama untuk ising dan rumah biskut halia berhiaskan kandi.

#6 Biskut Oat Dengan Coklat KAFFEREP

Kombinasi oat rangup dan coklat lembut menjadikan biskut ini kudapan klasik yang tidak pernah mengecewakan. Sesuai untuk waktu rehat di tempat kerja atau snek tengah hari.

#7 Kek Karamel Masin Almondy

Menampilkan lapisan kek badam lembut dengan inti karamel masin dan coklat susu – sesuai untuk anda yang menggemari manisan unik. Untuk lebih menarik anda, boleh tambahkan sesudu krim putar atau ais krim untuk lebih kenikmatan.

#8 Dryck Bubbel

Lengkapkan sesi kudapan anda dengan minuman berkarbonat menyegarkan ini, yang menggabungkan rasa masam lingonberi dan epal. Minuman ini sesuai untuk meraikan hari istimewa atau sekadar bersantai.

#9 Karipap IKEA Tetap Di Hati

Walaupun mencuba pelbagai pilihan baru, karipap IKEA tetap menjadi kegemaran ramai. Untuk memuaskan keinginan anda pada bila-bila masa, simpan stok karipap sejuk beku di rumah. Ia penyelesaian mudah untuk memenuhi kerinduan terhadap kudapan lagenda ini.

Jadi, sekiranya anda berkunjung ke IKEA, jangan lupa mencuba sesuatu yang baharu. Siapa tahu, mungkin ada kudapan lain yang akan menjadi kegemaran anda.

Komen