Mixue, jenama yang terkenal dengan tawaran aiskrim dan minuman teh yang mesra poket, kini memperkenalkan penambahan terbaru dalam menu mereka – siri Matcha. Ini adalah langkah strategi Mixue untuk memenuhi selera penggemar matcha sambil mengekalkan harga yang berpatutan, sejajar dengan imej jenama mereka.
Untuk siri Matcha ini, anda boleh memilih sama ada ingin mencuba minuman berais iaitu Matcha Creamy Drink ataupun aiskrim yang ditawarkan dalam dua pilihan perisa – satu perisa matcha dan satu lagi campuran matcha dengan vanila.

Bagi anda yang ingin mendapatkan siri Matcha dari Mixue ini, ia telahpun ditawarkan di kebanyakan rangkaian fizikal Mixue di seluruh Malaysia.
Berikut adalah senarai harga jualan bagi menu ini,
- Matcha Mix Ice Cream – RM2.00
- Matcha Ice Cream – RM2.50
- Matcha Boba Creamy Drink – RM5.50