Carian
Skechers Hadir Dengan Koleksi Terbaru GOrun Outdoor Trail Dan GOrun Max Cushioning – Khusus Untuk Peminat Aktiviti Lasak
December 4, 2024 Lina Rosli

Skechers, jenama global yang terkenal dengan teknologi keselesaan, mempersembahkan dua koleksi baharu – Skechers GOrun Outdoor Trail Collection dan Skechers GOrun Max Cushioning Collection.

Direka khas untuk peminat aktiviti luar dan gaya hidup aktif, koleksi ini menawarkan kombinasi keselesaan, ketahanan dan gaya yang sempurna untuk setiap langkah.

Skechers GOrun Outdoor Trail Collection

Untuk model Skechers GOrun Outdoor Trail, ia direka khusus untuk pencinta pengembaraan luar, koleksi ini menampilkan kasut larian jejak ringan yang dilengkapi dengan:

  • Skechers Air-Cooled Memory Foam untuk pernafasan yang optimum.
  • Relaxed Fit memberikan ruang lebih luas di bahagian depan untuk keselesaan sepanjang hari.
  • Skechers Air-Cooled Goga Mat yang mana ia merupakan kusyen tinggi untuk menyokong setiap langkah.

Bagi yang berminat, kasut ini ditawarkan pada harga bermula RM399 – dan koleksi ini boleh didapati di laman web Skechers, Shopee, Lazada dan kedai konsep terpilih seperti Pavilion KL, Sunway Pyramid, Suria KLCC serta The Exchange TRX.

Skechers GOrun Max Cushioning Collection

Untuk keselesaan harian dan aktiviti aktif, koleksi ini Skechers GOrun Max Cushioning dilengkapi:

  • Rekaan eksklusif Heel Pillow untuk kestabilan tambahan.
  • Air-Cooled Goga Mat dan Air-Cooled Memory Foam untuk sokongan berkusyen tinggi dan pernafasan maksimum.
  • Teknologi Natural Rocker untuk saiz dari satu langkah ke langkah lain yang lancar.
  • Tapak Goodyear Performance untuk cengkaman dan kestabilan sewaktu aktiviti tahan lasak.

Sekiranya anda ingin mendapatkannya, Skechers GOrun Max Cushioning ditawarkan pada harga bermula RM539 dan dan boleh didapati melalui laman web rasmi Skechers ataupun kedai konsep terpilih seperti Pavilion Bukit Jalil, Pavilion Damansara Heights, Pavilion KL, Sunway Pyramid, Suria KLCC, The Exchange TRX dan 1 Utama Shopping Centre.

Komen