Carian
The Chicken Rice Shop Kembali Dengan Menu Kegemaran Ramai – Grilled Butter Chicken Yang Telah Ditambah Baik
December 5, 2024 Lina Rosli

Baru-baru ini, The Chicken Rice Shop (TCRS) telah kembali menu kegemaran ramai, Grilled Butter Chicken dengan resipi baharu. Tersedia di cawangan TCRS di seluruh negara hingga 12 Januari 2025, hidangan istimewa ini adalah pilihan yang melazatkan untuk meraikan penghujung tahun.

Sejak kemunculannya, Grilled Butter Chicken telah menjadi menu wajib yang dikembalikan setiap akhir tahun. Pada tahun ini, TCRS berazam untuk meningkatkan cita rasa ayam panggang kegemaran ramai ini dengan keenakkan sos telur masin yang dimasak dengan daun kari dan cili merah, untuk hidangan lemak berkrim yang disempurnakan lagi dengan rasa rempah ratus.

Untuk pengetahuan anda juga, Grilled Butter Chicken telah menjadi item utama dalam menu akhir tahun TCRS selama lebih 15 tahun, dan ia kekal sebagai salah satu hidangan yang dinanti-nantikan pelanggan setiap tahun.

Grilled Butter Chicken & The Golden Egg ditawarkan dalam tiga pilihan set yang disesuaikan untuk saiz kumpulan berbeza – sama ada untuk diri sendiri atau untuk berkongsi dengan yang tersayang.

Melengkapkan hidangan ini adalah minuman Gua Cheeky Berry, gabungan jambu merah, strawberi, dan mangga. Minuman yang menyegarkan ini dapat meningkatkan lagi kenikmatan hidangan berkrim ini untuk cita rasa yang seimbang dan menyelerakan.

Untuk maklumat lanjut mengenai menu Grilled Butter Chicken & The Golden Egg, anda boleh layari www.thechickenriceshop.com atau halaman Facebook di https://www.facebook.com/thechickenriceshop/

Komen