Omno Memperkenalkan Koleksi Nourish & Protect – Produk Penjagaan Kulit Mesra Tropika

December 5, 2024
Gaya Hidup

Lina Rosli

Jenama penjagaan diri dari Singapura, Omno kini melancarkan koleksi baharu mereka, Nourish & Protect – direka khas untuk menangani cabaran iklim tropika Asia Tenggara.

Dengan cuaca yang panas, lembap, dan tahap pencemaran yang tinggi, rangkaian ini menawarkan rutin penjagaan kulit tiga langkah yang mudah untuk melindungi, melembapkan dan memulihkan kulit, terutama dalam kondisi tropika seperti di Malaysia dan Singapura.

Untuk pengetahuan anda, pendedahan kepada sinar UV yang tinggi setiap hari bersama-sama kelembapan dan panas yang berterusan boleh menyebabkan kerosakan kulit seperti dehidrasi, iritasi dan pigmentasi.

Oleh itu, dengan kehadiran koleksi Nourish & Protect, ia direka untuk memberikan penyelesaian mudah dan mesra alam kepada masalah ini, sambil memastikan keberkesanan tinggi dan sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.

Gaea Solar Defence SPF 50+

Gaea Solar Defence SPF 50+ merupakan pelindung matahari multifungsi yang melindungi kulit daripada sinaran UVA dan UVB. Ia menggunakan teknologi enkapsulasi untuk perlindungan tahan lama dan aplikasi serata.

Diformulasikan dengan partikel mikro, ia menawarkan perlindungan maksimum tanpa merengsakan kulit. Selain itu, Gaea Solar Defence SPF 50+ turut diperkaya dengan ekstrak tumbuhan dan aloe vera – yang mana sesuai untuk kulit bayi dan sensitif, menjadikannya pilihan ideal untuk penjagaan harian.

Nourish & Protect Hydration Gel

Gel pelembap bebas minyak Nourish & Protect Hydration Gel mengandungi asid hyaluronik untuk memberikan kelembapan tahan lama – serta menampilkan bahan organik seperti chamomile dan aloe vera untuk menenangkan kulit yang mengalami kemerahan atau dehidrasi.

Sama ada sebelum atau selepas pendedahan matahari, ia membantu melindungi dan menyegarkan kulit dengan kesan penyejukan segera.

Solace Radiant Body Oil

Minyak badan mewah Solace Radiant Body Oil pula berfungsi untuk mengunci kelembapan dan memperbaiki keanjalan kulit, dengan manfaat tambahan untuk merawat kesan regangan dan parut.

Diperkaya dengan vitamin A, C, E, dan asid lemak omega, Solace Radiant Body Oil memberikan kulit sinaran semula jadi sambil melembutkannya.

Setiap produk dalam koleksi ini bukan sahaja efektif tetapi juga mesra alam. Omno menggunakan bahan-bahan yang bersumberkan tumbuhan dan formulasi bebas bahan pengawet, menjadikan rangkaian ini pilihan selamat dan bertanggungjawab.

Kini boleh didapati di platform atas-talian Omno dan cawangan New Bahru Store di Singapura, koleksi Nourish & Protect pasti menjadi pelengkap gaya hidup tropika moden. Pelanggan juga boleh mendapatkan konsultasi penjagaan kulit yang diperibadikan di butik mereka.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd