Bagi anda yang menggemari menu burger daging footlong yang disaluti dengan sos lada hitam, Mat Chicken & Burger kini hadir dengan menu baharu yang menepati citarasa anda iaitu MCB Glorious.
Untuk hidangan ini, Mat Chicken & Burger menampilkan hidangan burger seakan burger prosperity yang ditawarkan oleh jenama burger global. Ia hadir dengan saiz bun yang lebih panjang, patti daging yang disalut sos lada hitam dan juga bawang merah mentah sebagai pelengkap rasa.

Walau bagaimanapun, untuk menu ini, ia ditawarkan di dalam kuantiti yang terhad yang mana hanya 500 pesanan sahaja dibuka setiap hari.
Menurut Pak Mat Western, ia berikutan proses dan cara pembuatan yang khusus selain menggunakan bahan yang terhad dan manual.
Untuk mencubanya, Mat Chicken & Burger setakat ini hanya dibuka di Bukit Mertajam, Pulau Pinang sahaja. Menurut Pak Mat Western, setakat ini, tiada perancangan pembukaan cawangan lain di negeri lain dalam masa terdekat.