Berita baik buat para peminat nasi lemak dan juga kopi dan teh dari Bungkus Kaw Kaw, restoran ini telahpun rasmi menerima sijil Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk cawangan terpilih mereka.
Langkah ini merupakan pencapaian besar bagi Bungkus Kaw Kaw dalam usaha mereka memastikan pengalaman kulinari terbaik dan diyakini – terutamanya bagi pelanggan yang mengutamakan jaminan Halal.

Untuk pengetahuan anda juga, Bungkus Kaw Kaw hadir sebagai jenama yang mengembalikan nostalgia tradisional di Malaysia bermula sejak tahun 2018. Berpegang pada tradisi mamak, kopitiam dan warung, Bungkus Kaw Kaw menjanjikan rasa yang asli melalui resipi rahsia buatan sendiri.
Di Bungkus Kaw Kaw, anda boleh mendapatkan variasi pilihan lauk untuk nasi lemak dan juga mihun, kuih-muih tradisional dan juga pelbagai jenis minuman seperti kopi, teh, soya, milo dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut mengenai cawangan atau menu mereka, anda boleh layari laman rasmi Bungkus Kaw Kaw atau kunjungi restoran terdekat.