ZUS Coffee Tawar Promosi Hari Selasa – Nikmati Promosi Istimewa Jika Anda Memakai Kaca Mata Hitam
Lina Rosli
Sebelum ini, ZUS Coffee telahpun sedia menawarkan promosi tertentu bersempena Hari ZUS atay ZUSDay. Dan kini, mereka kembali dengan ZUSDay 2.0 yang mana penggemar boleh menikmati pelbagai tawaran istimewa pada hari Selasa sekiranya anda berkunjung ke mana-mana cawangan ZUS Coffee berhampiran anda dengan memakai kaca mata hitam.

Apa yang perlu anda lakukan, hanya pergi ke kedai ZUS Coffee kegemaran anda dan melangkah masuk ke dalam kedai dengan memakai kaca mata hitam pada hari Selasa. Kemudian, anda boleh melakukan pesanan minuman kegemaran anda – tertakluk kepada minuman bukan dalam kategori Frappes dan juga Bottled Necessity.
Untuk tawaran istimewa yang boleh anda nikmati termasuklah:
- ZUS Kaki Combo untuk pembelian dua (2) minuman ZUS dan nikmati diskaun 20%.
- Geng Lepak Combo untuk pembelian enam (6) minuman ZUS dan nikmati diskaun 40%.
- Boss Sayang Staff Combo untuk pembelian sepuluh (10) minuman ZUS dan nikmati diskaun 50%.



Nampaknya, dengan penawaran diskaun ini, ZUS Coffee telah menjadikan hari Selasa anda kini lebih bermakna yang mana anda boleh menikmati minuman kegemaran anda bersama rakan dan juga keluarga pada harga yang lebih rendah.