Melaka, sebuah negeri di Malaysia yang terkenal dengan warisan budaya dan daya tarikannya kini mencatatkan sejarah baharu dengan pembukaan LEGO Certified Store (LCS) atau Kedai LEGO yang diiktiraf pertama di negeri ini.
Terletak di AEON Bandaraya Melaka, LCS seluas 1,302 kaki persegi ini bukan sahaja menawarkan pengalaman membeli-belah unik, tetapi juga peluang untuk mendalami budaya Baba Nyonya melalui kreativiti bermain dengan LEGO.

Keunikan Warisan Melaka Melalui LEGO
Sebagai penghormatan kepada budaya tempatan, kedai ini menampilkan model 3D eksklusif wanita Nyonya yang dibina sepenuhnya menggunakan bongkah LEGO – dibina oleh pakar pembina model LEGO, Alen Zhang. Model ini menggambarkan keindahan warisan Baba Nyonya dengan penuh teliti, membawa elemen tradisional ke dunia LEGO.

Selain itu, pelanggan boleh mengagumi Graphic Pillar yang menampilkan mercu tanda ikonik seperti Stadthuys yang merah menyala dan Muzium Warisan Baba Nyonya, lengkap dengan figura mini berpakaian tradisional sambil menikmati kuih-muih tempatan, membuat ondeh-ondeh dan menaiki beca.
Ciri Interaktif Di Kedai Lego Yang Diiktiraf Ini
LEGO Certified Store di AEON Bandaraya Melaka turut menyediakan pelbagai ciri interaktif, termasuk:
- Pick and Build Wall: Pelanggan boleh memilih pelbagai bongkah LEGO dengan warna dan bentuk berbeza untuk mencipta karya mereka sendiri.
- Play Table: Meja permainan untuk pengalaman membina secara langsung.
- Build a Minifigure Station: Peluang untuk mencipta figura mini peribadi, termasuk versi mini diri anda.
Kedai ini juga menampilkan Brick Specialists yang bersedia membantu pelanggan mencari set LEGO yang sesuai untuk semua peringkat umur.

Untuk meraikan pembukaan ini, pelanggan boleh menikmati promosi dan hadiah menarik:
- Pembelian RM99 ke atas, anda boleh menikmati RM10 baucar untuk pembelian seterusnya tanpa perbelanjaan minimum.
- Pembelian RM299 ke atas, anda boleh mendapatkan beg tote LEGO eksklusif dan baucar RM10.
- Pembelian RM499 ke atas, anda boleh mendapatkan set LEGO Store (40528) dan baucar RM10.
- Baucar RM10 juga akan diberikan oleh maskot LEGO untuk pembelian minimum RM50.
Kedai LEGO ini menjanjikan pengalaman unik untuk peminat setia dan keluarga, dengan kombinasi beli-belah, hiburan dan penghargaan budaya tempatan. Sekiranya anda ingin berkunjung ke Melaka, jangan lupa singgah ke AEON Bandaraya Melaka dari jam 10 pagi hingga 10 malam untuk menikmati keajaiban dunia LEGO. Untuk maklumat lanjut, layari www.LEGO.com.