Pos Malaysia X Galado Menampilkan Koleksi Sarung Telefon 2024 – Rekaannya Diilhamkan Dari Warisan Pos Malaysia

December 9, 2024
Fesyen

Lina Rosli

Pos Malaysia dan Galado mengumumkan kolaborasi edisi terhad kali kedua mereka – yang mana pada tahun ini kedua-dua jenama ini menampilkan sarung telefon dengan reka bentuk inovatif dan ekspresi artistik. 

Koleksi sarung telefon 2024 ini menampilkan enam ilustrasi reka bentuk tersendiri yang mengetengahkan elemen penting Pos Malaysia. Sebagai lanjutan daripada kerjasama mereka, koleksi tahun ini memperkenalkan tiga reka bentuk baharu sambil menambah baik tiga reka bentuk popular daripada koleksi sebelum ini.

Kebanyakan reka bentuk ini menampilkan peti pos ikonik dan elemen jenama Pos Malaysia, dengan dua reka bentuk diilhamkan oleh Abang Pos. Bukan itu sahaja, pelanggan boleh memperibadikan sarung mereka dengan mengubah foto peribadi yang tersayang untuk menjadi karya seni artistik. 

Koleksi ini merangkumi pelbagai aksesori telefon termasuk:

  • Pemegang Telefon MagSafe Peti Pos Ikonik
  • Penggantung Telefon Pop Art Pos Malaysia
  • Tali Telefon Silang Badan Pos Malaysia

Untuk pengetahuan anda, kesemua sarung telefon ini direka dengan teknologi ImpactPro – yang mana akan menyediakan perlindungan yang maksimum sekiranya terjatuh.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan sarung telefon ini, ia tersedia untuk peranti iPhone 12 hingga 16, Samsung S22 hingga S24, Samsung Galaxy Z Flip3 hingga Flip6 dan Samsung Galaxy Z Fold3 hingga Fold6.

Koleksi Pos Malaysia x Galado boleh didapati di laman web rasmi Galado (https://galado.com.my), dengan harga RM129 hingga RM149 untuk sarung dan RM69 hingga RM89 untuk aksesori dengan penghantaran percuma melalui Pos Laju.

Pelanggan juga boleh membuat pesanan melalui akaun Instagram Galado (@galadomy). Pesanan cetakan reka bentuk akan dihantar dalam masa satu hari bekerja, manakala reka bentuk ‘Abang Pos’ yang diperibadikan memerlukan 5 hingga 7 hari bekerja. 

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd