Carian
Mocha Mousse Adalah Warna Pantone Untuk Tahun 2025
December 9, 2024 Lina Rosli

Pantone telah memilih Mocha Mousse (kod warna Pantone 17-1230) sebagai warna bagi tahun 2025. Warna coklat sederhana ini mencerminkan kehangatan dan ketenangan, seiring dengan keinginan global untuk keselesaan dan gaya hidup yang lebih intim.

Dengan inspirasi daripada gabungan coklat dan kopi yang kaya, warna ini dianggap sebagai pilihan yang serba boleh untuk pelbagai jenis reka bentuk dalaman – yang mana ia boleh dipadankan bersama pelbagai jenis gaya sama ada dari moden hingga klasik.

Keistimewaan Mocha Mousse terletak pada keupayaannya untuk menjadi neutral yang berani, sesuai dengan pelbagai suasana seperti ruang tamu yang mewah, dapur yang mesra atau bilik tidur yang menenangkan. Warna ini juga melambangkan hubungan kita dengan alam, sejajar dengan trend kelestarian dan reka bentuk biofilik.

Untuk menonjolkan kecantikan warna ini, ia boleh dipadankan dengan warna-warna pelengkap seperti:

  • Hijau muted bagi menambah kesegaran semula jadi.
  • Kuning emas untuk memberi kesan tenaga dan keceriaan.
  • Biru gelap yang akan memberikan kontras elegan yang dramatik.
  • Krim lembut bagi meningkatkan kehangatan sambil mengekalkan ruang kelihatan ringan dan luas.

Mocha Mousse bukan sahaja menggambarkan keindahan minimalis tetapi juga memberikan rasa aspirasi dalam setiap ruang, menjadikannya pilihan yang tahan lama.

Sumber inspirasi lain menyebut bahawa warna ini berakar pada perubahan budaya dan keperluan untuk kestabilan, menjadikannya pilihan yang praktikal untuk menghiasi rumah atau ruang kerja anda pada tahun 2025.

Komen