ZUS Coffee Hadir Dengan Siri Minuman Brownie – Turut Menawarkan Pemegang Cawan Istimewa
Lina Rosli
Pada hujung tahun ini, nampaknya ZUS Coffee tidak ketinggalan dalam menyajikan tawaran yang istimewa buat penggemarnya – menerusi pengenalan siri minuman baharu iaitu Brownie Series.
Untuk siri ini, anda boleh mendapatkan tiga pilihan minuman yang lazat di samping mengumpul pemegang cawan edisi terhad iaitu Capybara Dual Cup Holder secara percuma. Atau anda juga boleh mendapatkan Bulu Bulu Cup Sleeves pada harga tambahan RM7.90 bagi setiap cawan.

Bagi yang tidak mengetahui, pemegang cawan ini bukan sahaja bergaya, tetapi juga praktikal untuk membawa minuman kegemaran anda ke mana sahaja. Dan tawaran ini hanya tersedia bermula 9 Disember 2024.

Berikut adalah menu minuman yang ditawarkan:
- Velvet Crème Brownie Latté – Jika anda mencari sesuatu yang berkrim dan penuh rasa, Velvet Crème Brownie Latté adalah pilihan yang sempurna. Dengan sentuhan kekacang yang menambah keunikan rasa, minuman ini memberikan pengalaman manis yang pasti memikat hati sesiapa sahaja yang mencubanya.
- All Day Frappé – Untuk anda yang gemar minuman sejuk, All Day Frappé menampilkan campuran coklat yang sejuk dengan sentuhan walnut panggang memberikan kesegaran yang tahan lama.
- Fizzy Berry Brownie – Jangan lepaskan peluang juga untuk mencuba Fizzy Berry Brownie. Ia hadir dengan buih yang menyegarkan, dipadankan dengan rasa beri dan coklat brownie, menjadikannya pilihan yang sempurna untuk mereka yang ingin menikmati sesuatu yang baru dan menarik.
Sekiranya anda ingin mencubanya, tawaran menu ini telahpun boleh dinikmati di semua rangkaian ZUS Coffee berdekatan anda bermula hari ini.