Carian
Mi Kentang Terpanjang Dunia Berukuran 500 Meter Berjaya Dibuat di China
December 12, 2024 Lina Rosli

China sekali lagi mengukir namanya dalam sejarah kuliner dunia dengan mencipta rekod baru menerusi penampilan mi kentang terpanjang dunia kini berukuran 500.152 meter (1,620 kaki 11.04 inci), bersamaan lebih empat setengah panjang padang bola sepak Amerika.

Kejayaan ini berlaku di Dao Bazai Township, Weichang Manchu dan Mongol Autonomous County, Hebei Province – kawasan yang terkenal sebagai pusat penanaman kentang.

Mi kentang dari Weichang ini bukan sekadar panjang tetapi juga unik kerana teksturnya yang kenyal dan lembut menjadikannya kegemaran ramai.

Projek luar biasa ini melibatkan 14 artisan berbakat yang mahir dalam teknik tradisional pembuatan mi. Sebelum pembuatan bermula, pegawai kebersihan memastikan semua bahan dan peralatan memenuhi piawaian yang ditetapkan.

Prosesnya bermula dengan pengadunan adunan kentang besar yang dilakukan serentak oleh empat tukang dalam sebuah periuk besar selama hampir setengah jam. Setelah adunan siap, ia dimasukkan ke dalam corong khas yang menghasilkan mi panjang secara berterusan ke dalam periuk air mendidih.

Setelah dimasak, mi ini dialirkan ke dalam tangki air sejuk untuk mendapatkan tekstur yang sempurna. Proses ini dikendalikan dengan teliti oleh pasukan artisan, di mana setiap inci mi ini diukur untuk memastikan panjangnya memenuhi kriteria rasmi.

Dengan kejayaan ini, ia secara tidak langsung memaparkan keindahan seni tradisional, ia juga menyuntik momentum baru kepada ekonomi tempatan melalui peningkatan profil industri kentang.

Komen