Eco-shop Tawar Bantuan Kepada Mangsa Banjir Melalui Inisiatif #SAMAHATISAMABANTU – Pemberian Ebaucar Bernilai RM100
Lina Rosli
Eco-shop baru-baru ini melancarkan inisiatif kemanusiaan melalui Eco Care #SAMAHATISAMABANTU untuk membantu keluarga yang terkesan akibat banjir di Kelantan dan beberapa kawasan lain. Dengan komitmen sebanyak RM2 juta dalam bentuk ebaucar, bantuan ini bakal meringankan beban 20,000 keluarga yang memerlukan.
Dari 13 hingga 26 Disember 2024, setiap keluarga yang layak akan menerima e-baucar bernilai RM100. Baucar ini boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan seperti makanan, produk penjagaan diri dan keperluan asas rumah.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Eco-shop Malaysia juga, jenama mereka turut bekerjasama dengan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (MRCS) bagi membantu dari segi rawatan kecemasan untuk mereka yang memerlukan bantuan segera.
Langkah Mudah Untuk Memohon Ebaucar RM100
Bagi mangsa banjir yang ingin memohon ebaucar ini, berikut ialah langkah-langkahnya:
- Hantar permohonan anda. Hanya perlu imbas kod QR yang tertera pada imej promosi atau klik pautan ini: https://forms.gle/y1aiuP5LYddcWDZg8.
- Sediakan dokumen diperlukan seperti salinan kad pengenalan dan laporan polis rasmi yang mengesahkan status terjejas akibat banjir.
- Terima ebaucar anda. Selepas pengesahan, ebaucar akan dikreditkan ke akaun Eco-shop pemohon dalam tempoh lima hari bekerja.

Sebagai tambahan, Eco-shop bersama MRCS telah menyalurkan 200 Pakej Prihatin Eco-shop bernilai lebih RM10,000 kepada komuniti terjejas di Kelantan. Pakej ini merangkumi barangan penting seperti produk penjagaan diri, kit penyelamat, dan keperluan asas lain yang direka khas untuk membantu mangsa dalam situasi kecemasan.