Kedai Pertama Luckin Coffee Akan Dibuka Di Sunway Pyramid – Jenama Kopi Popular Dari China Kini Di Malaysia

December 16, 2024
Makanan & Minuman

Lina Rosli

Khusus untuk para pencinta kopi, anda boleh bersiap sedia untuk menerokai pengalaman menikmati kopi yang baharu. Ini kerana, Luckin Coffee, jenama kopi terkenal dari China yang sering menjadi bualan ramai, akhirnya akan membuka cawangan pertamanya di Malaysia – di pusat beli-belah Sunway Pyramid.

Ditubuhkan pada tahun 2017 di China, Luckin Coffee telah menjadi nama besar dalam dunia kopi. Jenama ini dikenali kerana menawarkan kopi berkualiti dengan harga berpatutan, selain memanfaatkan teknologi untuk pengalaman pembelian yang pantas dan moden.

Dan pada Mac 2023, Luckin Coffee secara rasmi membuka dua cawangan pertama mereka di Singapura, menandakan langkah besar dalam pengembangan jenama kopi terkenal dari China ini ke Asia Tenggara.

Sama seperti di China, menu di Singapura turut menampilkan dua kategori utama, iaitu Classic Coffees dan Best Sellers, memberikan pelanggan pengalaman kopi yang serupa dengan yang dinikmati di China.

Dengan ini, untuk pasaran Malaysia kita dapat menjangkakan penawaran yang seakan sama dengan yang telah ditawarkan di Singapura.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd