Carian
Cawangan Kedua Shake Shack Dibuka Di Sunway Pyramid
December 16, 2024 Lina Rosli

Khusus buat peminat ShackBurgers dari Malaysia, kini Shake Shack telahpun memperluaskan penawaran mereka menerusi pembukaan cawangan kedua mereka di Bandar Sunway iaitu di pusat beli-belah, Sunway Pyramid.

Untuk pengetahuan anda, Shake Shack merupakan rangkaian makanan pantas yang popular yang mana jenama ini menyajikan variasi pilihan burger yang lazat – antara menu yang terkenal termasuklah ShackBurger.

Apa yang menarik, Shake Shack menampilkan burger dengan patti daging yang mewah ditambah lagi dnegan sajian sos yang unik menjadikannya salah satu jenama burger yang popular di peringkat global.

Di cawangan baharu Shake Shack di Sunway Pyramid ini, mereka menampilkan reka hias yang dilakukan oleh Jaemy C yang mana beliau menyuntik elemen unik yang mengambil inspirasi dari reka bentuk Mesir yang ikonik di Sunway Pyramid. Setiap inci ruang dihias dengan karya seni Jaemy yang kreatif – yang mana ia menggabungkan hieroglif serta ikon Shake Shack.

Untuk menu dan hidangan yang disajikan, Shake Shack hadir dengan barisan hidangan klasiknya, termasuk ShackBurgerChicken Shackkentang goreng crinkle cutlemonade dan juga frozen custard yang segar dan berkrim.

Apa yang menarik juga adalah pengenalan hidangan eksklusif Malaysia – kerjasama Shake Shack dengan pengeluar tempatan. Ini adalah sebahagian daripada misi Shake Shack untuk “Stand For Something Good” – memastikan pengalaman hidangan yang berkualiti sambil menyokong produk tempatan.

Bagi anda yang ingin berkunjung ke cawangan Shake Shack Sunway Pyramid, ia terletak di OB.K2, OB.K3 & OB.K3C di Oasis Boulevard.

Komen