Restoran Fuiyoh It’s Uncle Roger Kini Di MyTown Dan IPC Shopping Centre – Penawaran Harga Baharu Untuk Nasi Goreng Di Semua Cawangan
Lina Rosli
Uncle Roger, personaliti komedi yang terkenal dengan ulasan pedas tentang masakan Asia, kini memperluaskan rangkaian Restoran Fuiyoh It’s Uncle Roger di dua lagi lokasi iaitu di MyTown, Kuala Lumpur dan juga IPC Shopping Centre, Bandar Utama. Berita ini pastinya menggembirakan para peminatnya yang ingin merasai sendiri pengalaman menikmati nasi goreng yang diilhamkan oleh gaya Uncle Roger.

Untuk pengetahuan anda, sebelum ini Restoran Fuiyoh It’s Uncle Roger telahpun membuka cawangan pertama mereka pada September 2024 di Pavilion Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Sama seperti penawaran di cawangan yang lain, Restoran Fuiyoh It’s Uncle Roger di MyTown dan juga IPC Shopping Centre turut hadir dengan menu Nasi Goreng ikonik Uncle Roger. Dan apa yang lagi menarik, bersempena dengan pembukaan 2 cawangan ini juga, Uncle Roger telah mengumumkan penawaran harga baharu iaitu RM16 untuk nasi goreng dan mi goreng semua cawangan Restoran Fuiyoh It’s Uncle Roger.

Bukan itu sahaja, selain nasi goreng, restoran ini turut menawarkan beberapa pilihan menu yang lain – sesuai dengan gastronomi masyarakat Asia. Jadi, jika anda berminat untuk menghayati nasi goreng paling “fuiyoh”, jangan lupa singgah di MyTown atau IPC Shopping Centre dan alami sendiri rasa istimewa yang ditawarkan oleh restoran Uncle Roger ini.