Sempena sambutan Tahun Baru Cina 2025, HABIB melancarkan kempen Prosperity Blossoms bermula dari 3 Januari hingga 2 Februari 2025. Dengan koleksi yang memukau seperti Oro Italia 916, berlian, batu permata dan edisi terhad emas 999, HABIB mengajak semua meraikan musim kegembiraan ini dengan gaya dan kemewahan.
Kempen kali ini diilhamkan oleh simbolik empat musim:
- Bunga orkid di musim bunga melambangkan permulaan baru.
- Bunga plum di musim sejuk menyerlahkan ketahanan dan keanggunan.

Setiap rekaan disatukan dengan infinity knot – yang merupakan simbol ikatan kekal, kebijaksanaan dan keberuntungan yang melimpah.
Koleksi Khas Tahun Baru Cina 2025
- Koleksi Oro Italia 916 : Dihasilkan dengan rekaan moden dan kilauan seperti berlian, koleksi Oro Italia 916 mempersembahkan kehalusan seni Itali. Setiap perhiasan disiapkan dengan teliti untuk menyerlahkan gaya anggun, sempurna untuk menyambut tahun baru.
- Emas 999 dan 24K : Bagi peminat emas, HABIB menawarkan koleksi emas 999 dan 24-karat yang dihasilkan dengan teknologi terkini 5G dan 5D. Koleksi ini bukan sahaja elegan, tetapi juga sesuai sebagai pelaburan jangka panjang.
- Berlian dan Batu Permata : HABIB turut memperkenalkan koleksi berlian dan batu permata dengan rekaan kontemporari, sesuai untuk mereka yang gemarkan gaya yang segar dan moden.
Syiling Emas 999.9 Dan Golden Fortune Edisi Terhad
Istimewa untuk Tahun Baru Cina, HABIB mempersembahkan Syiling Emas Wafer 999.9 Edisi Empat Musim, dengan rekaan unik setiap musim. Tersedia pada harga RM118 satu keping atau RM552 untuk satu set, ia menjadi alternatif menarik untuk angpao atau hadiah istimewa.

HABIB juga memperkenalkan Golden Fortune 999.9 edisi Tahun Ular, simbolik kebijaksanaan dan transformasi lengkap dengan beg bertuah. Syiling emas ini hanya boleh didapati secara eksklusif dalam talian dengan harga RM118 setiap satu.