Tealive Lancar Minuman Baharu Edisi Squid Game – Honey Toffee Pomegranate Smoothie

December 18, 2024
Promosi

Lina Rosli

Tealive kembali mencuri perhatian dengan pelancaran minuman baharu mereka, Honey Toffee Pomegranate Smoothie – edisi khas yang diilhamkan daripada fenomena global Squid Game.

Bagi yang berminat, Honey Toffee Pomegranate Smoothie ini menawarkan gabungan rasa manis madu, kelembutan toffee dan kesegaran buah delima sekaligus mencipta keseimbangan rasa yang unik dan memikat.

Minuman edisi khas ini diperkenalkan tepat pada masanya untuk menyemarakkan keterujaan menjelang musim baharu Squid Game, yang akan ditayangkan pada 26 Disember 2024.

Sesuai untuk disajikan sewaktu musim panas dan hujan ini, Honey Toffee Pomegranate Smoothie merupakan pilihan sempurna untuk menyegarkan hari anda. Pastikan anda mencuba minuman istimewa ini di semua cawangan Tealive sebelum tawaran ini tamat.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd