Carian
Koppiku Buka Cawangan Pertama Di Pantai Timur – Kini Boleh Diakses Di KotaSAS, Kuantan
December 19, 2024 Lina Rosli

Setelah mengumumkan bahawa mereka ingin memperluaskan penawaran mereka ke pantai timur, nampaknya sebelum mengakhiri tahun 2024, jenama kopi tempatan, Koppiku kini membuka cawangan pertama mereka di KotaSAS, Banda Baru Kuantan.

Bagi yang tidak mengenali tentang jenama ini, Koppiku merupakan sebuah jenama minuman yang memfokuskan kepada penawaran kopi dan matcha, telahpun mula bertapak sejak tahun 2023. Dan kini, mereka telah mempunyai sekitar 40 cawangan di seluruh negara.

Pada fasa awal pengenalan jenama ini, Koppiku banyak memfokuskan kepada urusan jual beli di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur – yang mana banyak dibuka di kawasan perniagaan, universiti dan juga sekitar kawasan pengangkutan awam.

Dan kini, bergerak ke fasa pertumbuhan jenama ini, Koppiku telah memperluaskan lagi penawaran ke negeri-negeri lain di sekitar Malaysia – dan memilih Pahang sebagai destinasi seterusnya.

Bagi yang berminat untuk mencuba minuman dari jenama ini, antara tarikan utama di Koppiku termasuklah:

  • Matcha Latte: Menyajikan keseimbangan rasa teh matcha dan susu yang menyegarkan – menciptakan minuman yang sesuai untuk dinikmati pada bila-bila masa.
  • Kopi Bandung: Menggabungkan rasa kopi yang klasik dengan sentuhan manis sirap ros.
  • Kopi Gula Melaka: Menawarkan keunikan rasa gula Melaka yang kaya dan manis bersama kopi yang pahit.
  • Kreamy Latte: Menawarkan kopi espresso dengan menggunakan susu yang lebih pekat dan berkrim.
Komen