Carian
Avocado Burger Shake Shack Kini Boleh Dinikmati Di Sunway Pyramid – Akan Diperluaskan Ke Cawangan Lain Mulai 2 Januari
December 20, 2024 Lina Rosli

Shake Shack telah membuka cawangan kedua di Malaysia pada 19 Disember di lokasi baharu, Sunway Pyramid, dengan membawa menu eksklusif Avocado.

Untuk menu Avocado Burger ini, ia boleh dinikmati di Sunway Pyramid mulai 19 Disember, dan ia akan diperluaskan ke semua cawangan Shake Shack Malaysia pada 2 Januari 2025.

Nikmati Keunikan Avocado Burger Dan Avocado Chicken Burger

Bagi penggemar Shake Shack, Avocado Burger membawakan pengalaman baharu kepada anda. Untuk burger ini, ia hadir dengan gabungan patti daging Angus yang berjus, hirisan avocado segar, beef streaky applewood-smoked dan juga ShackSauce yang ikonik. Melengkapkannya, kesemua bahan ini diapit dalam roti kentang yang lembut.

Bagi anda yang mahukan pilihan ayam, jangan ketinggalan untuk mencuba Avocado Chicken yang terdiri daripada hirisan ayam yang rangup, avocado, beef streaky, selada segar, jeruk masam serta sos mayonis herba buttermilk yang melazatkan.

Selain burger, anda juga boleh menikmati Concretes, iaitu campuran custard beku dengan pelbagai topping. Di Sunway Pyramid, anda boleh mencuba rasa eksklusif:

  1. Shack Attack: Kastard coklat dengan potongan coklat dari Chocolate Concierge, brownie bites, dan sos Shack fudge.
  2. Cleopatra’s Dream: Kastard vanila dengan sos pistachio, dihiasi biskut matcha dan crepes rangup – pencuci mulut yang mewah dan penuh gaya.
  3. The Golden Rule: Kastard vanila dengan campuran buah markisa dan mangga, dihiasi biskut karamel dan taburan emas – terinspirasi oleh keanggunan Sunway Pyramid.

Sebagai tanda hormat kepada adat tempatan, kesemua menu di Shake Shack Sunway Pyramid adalah bebas daging khinzir, lemak babi dan alkohol.

Jadi, tunggu apa lagi? Singgah ke Shake Shack Sunway Pyramid dan nikmati pengalaman makan yang luar biasa dengan menu baharu ini!

Komen