IKEA kini menyertai arena ramalan warna tahunan dengan memperkenalkan Electric Blue sebagai Warna Tahunan 2025 mereka.
Menurut IKEA, warna Electric Blue ini menampilkan tona warna yang berani, ceria dan penuh tenaga yang mana warna ini diilhamkan untuk mencerminkan keseronokan dan kreativiti dalam ruang kediaman.
Melalui panduan gaya terbaru IKEA untuk tahun 2025, Abbey Stark, pemimpin arah reka bentuk perabot rumah IKEA, menggalakkan pengguna untuk “berani dengan cerita warna anda” dan menyuntikkan elemen ceria ke dalam dekorasi.

Tambah Stark, beliau menyatakan bahawa rumah bukan sekadar tempat untuk berehat tetapi juga ruang untuk mengekalkan semangat kanak-kanak dan kreativiti dalam kehidupan harian.
Melengkapkan susun atur dan penggunaan warna Electric Blue, anda boleh menyerlahkannya dengan memadankannya dengan warna kontras – yang juga berada di dalam ramalan warna tahunan 2025 yang lain, seperti ungu gelap dan coklat terang. Gabungan ini memberikan lonjakan kesegaran dan menjanjikan rekaan dalaman yang lebih ceria dan menyeronokkan bagi tahun mendatang.
Jika anda ingin membawa suasana berani dan ceria ke rumah anda, Electric Blue mungkin menjadi inspirasi yang tepat untuk anda.