Selain daripada fesyen, trend kecantikan di Malaysia turut dipengaruhi oleh media sosial seperti di TikTok dan juga Instagram.
Bukan itu sahaja, terdapat juga beberapa jenama kecantikan yang melakukan perubahan dan inovasi produk yang menepati kriteria masyarakat setempat. Untuk mengetahui lebih lanjut, berikut adalah beberapa trend kecantikan utama yang mendominasi tahun 2024:
#1 Kulit Sihat Dengan Pendekatan ‘Anti Badai’
Trend ‘anti badai’ ini boleh dilihat dalam kalangan beauty guru di TikTok dan Instagram – yang mana memperkenalkan teknik solekan yang tahan lebih lama.
Untuk pengetahuan anda, solekan anti badai merujuk kepada penggunaan produk dan teknik solekan yang dirancang untuk bertahan lama, yang mana ia kekal cantik walaupun terdedah kepada cuaca ekstrem. Ia juga mengurangkan kebarangkalian produk yang digunakan “berpindah” atau “melekat” pada tisu atau hijab sewaktu mengelap muka.

Solekan ini sangat sesuai untuk acara istimewa seperti perkahwinan atau sewaktu melakukan aktiviti luar di kawasan tropika, di mana cuaca panas dan lembap boleh menguji ketahanan solekan. Dengan menggunakan produk yang tahan lama dan kalis air, solekan anda kekal sempurna walaupun dalam keadaan yang paling mencabar.
#2 Kening ‘Feathered‘
Trend kening yang tampak lebih asli atau dikenali sebagai ‘feathered eyebrow‘ pada tahun ini mendapat tempat dalam dunia kecantikan. Penampilan kening yang terangkat tetapi tetap semula jadi menjadi pilihan kerana ia memberikan wajah yang segar dan terurus.
Untuk trend ini, ia dilihat mula popular di Thailand – yang mana dipengaruhi teknik solekan pempengaruh kecantikan di media sosial dan juga ahli solek terkenal, Babara Beer.


#3 Bibir Bersinar Dengan ‘Lip Gloss’
Solekan bibir yang lebih plumpy dan sihat dilihat menjadi pilihan ramai pada tahun 2024, terutamanya untuk mencipta penampilan yang segar dan menyerlah. Lip gloss dengan kemasan berkilat turut kembali popular, memberikan efek bibir ‘juicy’ yang sihat dan memikat.

#4 Pendekatan Minimalis Dalam Solekan
Gaya solekan minimalis, yang dikenali sebagai ‘skinimalism’, terus menjadi kegemaran pada tahun 2024. Penampilan ini memfokuskan kepada kulit yang sihat dengan penggunaan produk asas seperti tinted moisturizer, concealer ringan dan highlighter semula jadi. Solekan jenis ini sesuai untuk gaya harian dan memberi penampilan yang tampak tidak terlalu menonjol.
#5 Penggunaan Teknologi Kecantikan Pintar
Dengan perkembangan teknologi, pelbagai alat kecantikan pintar seperti pembersih wajah sonic, alat urutan wajah LED dan aplikasi analisis kulit semakin mendapat tempat di Malaysia.
Jenama seperti Foreo dan Ulike telah memperkenalkan produk berteknologi tinggi yang membantu pengguna mencapai hasil kecantikan yang lebih efisien.

#6 Gaya Rambut ‘Effortless’ dengan Aksesori Minimalis
Dalam dunia rambut, gaya yang mudah tetapi tetap bergaya seperti ‘messy waves’ dan ‘slick ponytails’ menjadi pilihan. Penggunaan aksesori rambut minimalis seperti klip rambut atau skarf kecil juga menambahkan elemen elegan tanpa berlebihan.
#7 Manikur Kuku
Trend manikur pada tahun ini banyak memberi tumpuan kepada warna pastel seperti baby blue, mint green dan lilac. Reka bentuk kuku yang ringkas tetapi menarik, seperti pola geometrik atau aksen kilauan, menjadi kegemaran ramai yang ingin mengekspresikan gaya secara halus.
Dan menjelang suku keempat 2024, warna ox blood dan burgudy mula menjadi pilihan kebanyakan penggemar manikur – memberikan elemen yang lebih mewah pada gaya harian.

Trend kecantikan 2024 di Malaysia mencerminkan gabungan inovasi, kreativiti, dan kesedaran terhadap penjagaan diri. Dengan pengaruh media sosial yang kuat, trend ini terus berkembang dan memberi inspirasi kepada pencinta kecantikan di seluruh negara.