Bath & Body Works Malaysia Memperkenalkan Koleksi Holiday 2024 – Menampilkan Pilihan Wangian Diri Dan Juga Rumah

December 24, 2024
Penjagaan Diri

Lina Rosli

Meraikan musim percutian pada hujung tahun ini, Bath & Body Works (BBW) Malaysia kembali dengan Koleksi Holiday 2024 yang pasti memikat hati – khusus untuk suri rumah dan juga para jejaka yang ingin tampil berbeza sebelum memasuki tahun baru 2025.

Untuk Koleksi Holiday 2024, BBW hadir dengan beberapa produk wangian baharu. Sesuai dengan tema kali ini, Your Holiday Story, meraikan tradisi peribadi dan keajaiban musim perayaan, setiap produk dalam koleksi ini direka untuk mencipta kenangan indah melalui aroma yang unik dan menggamit nostalgia.

Antara yang menarik termasuk:

  • Lilin & Wangian Rumah: Wujudkan suasana perayaan dengan pilihan lilin aroma seperti Frosted Cranberry, Holiday Pine dan Warm Vanilla Sugar. Untuk kesemua lilin ini, ia ditawarkan dalam dua pilihan saiz iaitu saiz satu dan juga tiga sumbu.
  • Koleksi Lelaki: Selain untuk rumah, BBW turut hadir dengan wangian hangat dan maskulin yang sesuai untuk pemberian hadiah kepada rakan lelaki anda. Ia merupakan koleksi edisi terhad yang boleh didapati di sepanjang musim percutian ini.
  • Holiday Minis: BBW juga turut hadir dengan penawaran produk bersaiz mini yang mudah dibawa, sesuai untuk dihadiahkan sebagai stocking stuffers atau teman perjalanan.

Sekiranya anda berminat untuk mencuba setiap wangian ini sebelum mula mendapatkannya, di Sunway Pyramid, sehingga 1 Januari 2025, Bath & Body Works Malaysia telahpun hadir dengan kedai pop-up yang boleh anda kunjungi. Di sana, anda boleh menerokai:

  • Stesen Penemuan Aroma: Uji dan temui aroma yang sesuai untuk musim ini.
  • Sudut Foto Perayaan: Abadikan kenangan dengan latar berinspirasikan wangian ikonik Bath & Body Works.
  • Aktiviti Kreatif: Sertai bengkel menghias biskut halia, lukisan tangan dan banyak lagi.

Bagi yang ingin mendapatkan Koleksi Holiday 2024, ia boleh didapati di kedai dan secara atas talian di bathandbodyworks.com.my, dengan harga bermula dari RM16.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd