Sudahkah anda mendapatkan koleksi ataupun produk baharu daripada Huda Beauty yang menggunakan logo dan penjenamaan baharu?
Untuk pengetahuan anda, logo baharu Huda Beauty ini telahpun dilaksanakan sejak Oktober 2024, dan mula diperluaskan dalam tempoh beberapa bulan ini.
Jika dibandingkan dengan logo sebelum ini, logo baharu Huda Beauty tampil dengan reka bentuk huruf kecil menggunakan fon Sans Serif dengan sudut bulat. Reka bentuk ini diilhamkan untuk mencerminkan imej yang “berani tetapi mesra.”
Sebelum ini, Huda Beauty menampilkan logo yang menggunakan huruf besar dan lebar fon yang lebih nipis.


Pembungkusan baharu Huda Beauty akan diperkenalkan secara berperingkat, bermula dengan Easy Bake Loose Powder. Produk ini akan menampilkan logo baharu, tepi bulat, teks timbul, dan sifter fleksibel yang boleh ditanggalkan.

Dengan identiti baharu ini, Huda Beauty bukan sahaja menonjolkan produk berkualiti tetapi juga memperkukuh kedudukannya sebagai jenama kosmetik global yang terus berevolusi.
Huda Beauty Memikat Lagi dengan Koleksi Baharu: The Ube Collection
Huda Beauty kembali mencuri perhatian dunia kecantikan dengan pelancaran koleksi terbaru mereka, The Ube Collection, yang pasti akan membuat peminat kecantikan terpikat. Koleksi ini diinspirasikan oleh kegemaran peribadi Huda Kattan terhadap ubi ungu (ube), membawa palet warna ungu lilac yang bertenaga ke produk kecantikan kegemaran anda.
The Ube Collection hadir dengan elemen ceria dan berani, sesuai untuk mereka yang gemar mencipta gaya yang segar dan penuh keyakinan. Sama ada anda mahu tampil dengan solekan dramatik atau gaya minimalis dengan sentuhan glamor, koleksi ini menawarkan kombinasi sempurna.

Produk dalam koleksi ini termasuk:
- Huda Beauty Ube Collection Easy Bake Loose Baking & Setting Powder in Ube Birthday Cake – RM207
- Huda Beauty Ube Collection Blush Filter in Ube Cream – RM116
- Huda Beauty Ube Collection Faux Filler Lip Gloss In UUU-Baby – RM104
Dengan koleksi ini, Huda Beauty sekali lagi membuktikan kemampuannya untuk mencipta trend dalam dunia kecantikan. The Ube Collection kini tersedia di semua rangkaian fizikal Sephora dan laman web rasmi Huda Beauty. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi antara yang pertama mencuba koleksi menawan ini!