Jotun Mengumumkan 30 Rona Warna Baharu Untuk Koleksi Warna Global 2025

December 26, 2024
Gaya Hidup

Lina Rosli

Bergerak ke tahun 2024, kini Jotun telahpun mengumumkan 23 warna bagi Koleksi Warna Global 2024 yang disediakan dalam rangkaian produk cat Majestic Pure Color. Palet ini merangkumi 30 rona baharu yang dirumus secara khas pada tahun ini

Dari pakaian hingga ke kediaman rumah, warna-warna ini boleh digunakan bagi menterjemahkan idea dan emosi kita kepada satu bentuk penzahiran visual. Setiap warna ini merangkapkan kombinasi warna serta penjajaran rona yang menarik sekaligus mencetuskan pesona yang tersendiri.

Berikut adalah 30 rona warna baharu dari Jotun:

  1. Jotun 1931 Cashew
  2. Jotun 1876 Wild Earl
  3. Jotun 1939 Sandbeige
  4. Jotun 11130 Shade
  5. Jotun 12085 Rural
  6. Jotun 1117 Peach Sky
  7. Jotun 10411 Shams
  8. Jotun 12074 Peachy
  9. Jotun 11175 Adventure
  10. Jotun 20217 Muted Coral
  11. Jotun 8124 Malmö
  12. Jotun 11228 Forest Light
  13. Jotun 8583 Earthy Yellow
  14. Jotun 8625 Khaki Yellow
  15. Jotun 20162 Mellow
  16. Jotun 12314 Grey Touch
  17. Jotun 0553 Ascott
  18. Jotun 12078 Comfort Grey
  19. Jotun 12306 Tender Greige
  20. Jotun 7718 Secret Green
  21. Jotun 7386 Pistachio
  22. Jotun 0470 Avocado Green
  23. Jotun 7040 Cypress
  24. Jotun 6167 Spring Breeze
  25. Jotun 6253 Sea Mist
  26. Jotun 6236 Darjeeling
  27. Jotun 6128 Athenian Blue
  28. Jotun 8596 Sunny Green
  29. Jotun 5489 Free Spirit
  30. Jotun 4666 Silky Blue

Untuk rona warna kali ini, mereka hadir dengan inovasi yang sememangnya akan memberikan hasil paparan yang lebih premium. Ini kerana kemasan kusam Jotun Majestic Pure Color menampilkan warna yang lebih pekat dan lembut, mengurangkan pantulan cahaya dan menyerlahkan tona sebenar warna pada dinding.

Secara keseluruhan, Jotun telahpun memperkenalkan lebih daripada 900 pilihan warna cat berbeza – yang menyajikan tona warna yang betul-betul menepati kriteria yang anda inginkan. Sebagai contoh, warna di antara warna hijau dan biru, ataupun warna seakan warna merah tetapi lebih kepada jingga dan sebagainya.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd