7-Eleven Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu rangkaian kedai serbaneka terbesar di negara ini dengan pencapaian terkini – yang mana kini mempunyai sekitar 500 cawangan 7CAFè di seluruh Malaysia.

Sebagai antara kedai serbaneka yang popular di Malaysia, 7-Eleven telah dikenali dengan pelbagai produk dan perkhidmatan, termasuk makanan sedia makan, barangan keperluan harian serta pembayaran bil – yang terbaru kini menampilkan 7CAFè yang merupakan kafe yang menyajikan pelbagai pilihan minuman seperti kopi berasaskan espresso dan juga snek panas.
Mula diperkenalkan pada tahun sejak 2021, tahukah anda bahawa kini 7CAFè oleh 7-Eleven telah mempunyai lebih 300 cawangan di seluruh negara.
Bagi yang tidak begitu mengenali 7CAFè, ia merupakan gabungan kedai serbaneka 7-Eleven dengan kafe di dalam satu ruang. Cawangan pertama 7CAFè dibuka di Menara TA One di Kuala Lumpur, dan kemudiannya pada Jun 2022, 7-Eleven memperkenalkan kedai konsep pertama di Bandar Puteri, Puchong.

Apa yang menarik di kedai konsep ini, ia merupakan kedai dua tingkat yang menampilkan kedai serbaneka di bahagian bawah sementara di ruangan kafe di bahagian atas. Malah, di 7CAFè Bandar Puteri juga, anda boleh mengunjungi juga ruang buku dan hadiah serta rak gaya hidup yang menawarkan pelbagai pilihan kelengkapan diri.
Sekiranya anda belum pernah berkunjung ke 7CAFé oleh 7-Eleven, jangan ketinggalan untuk mendapatkan keperluan harian bermula daripada makanan ringan hingga ke hidangan sedia makan, , kopi dan pencuci mulut, 7CAFé ialah tempat yang sesuai untuk menjamu selera atau melepak bersama rakan dan keluarga sepanjang hari.