Carian
Tiga Produk IKEA Yang Paling Digemari Pelanggan Untuk Tahun 2024
December 30, 2024 Lina Rosli

Menghampiri tahun 2025, IKEA Retail mendedahkan tiga carian atas-talian tertinggi oleh pelanggan mereka pada tahun 2024.

Berdasarkan perkongsian IKEA, tiga produk teratas ini memperlihatkan produk dari kategori penyelesaian penyimpanan dan organisasi rumah. Faktor peningkatan permintaan untuk tiga produk ini dilihat didorong oleh faktor seperti urbanisasi pesat, ruang kediaman yang lebih kecil dan minat pengguna terhadap persekitaran rumah yang teratur serta estetik.

Berikut adalah tiga produk IKEA paling digemari pelanggan tahun ini:

#1 KALLAX – Berfungsi Untuk Mengoptimumkan Ruang

Di tangga pertama, unit rak KALLAX menjadi kegemaran ramai kerana reka bentuknya yang moden dan serbaguna.

KALLAX boleh digunakan sama ada sebagai pembahagi bilik ataupun dipasang pada dinding – dipasang secara melekap. Keunikan reka bentuk sudut bulatnya memberikan sentuhan elegan, manakala pilihan untuk menambah kotak dan sisipan membolehkan pelanggan menyesuaikannya mengikut keperluan mereka.

Sejak diperkenalkan pada tahun 2014 untuk menggantikan rak EXPEDIT, KALLAX terus menarik perhatian pelanggan. Dengan reka bentuk mesra pengguna yang tahan lama dan mampan, KALLAX menjadi pilihan ideal untuk ruang kediaman moden.

#2 BILLY – Pilihan Wajib Si Pemilik Buku

Rak buku BILLY menduduki tempat kedua kerana reka bentuknya yang fleksibel. Sama ada digunakan untuk menyusun buku, dekorasi atau memperagakan barangan koleksi, BILLY menawarkan penyelesaian yang boleh disesuaikan mengikut ruang.

Dengan lebih 140 juta unit terjual sejak dicipta pada tahun 1979, produk ini kekal relevan hingga kini.

#3 PAX – Almari Serba Boleh

Di tempat ketiga adalah almari serba boleh PAX. Almari ini menampilkan sistem modular yang membolehkan pelanggan mereka memperibadi rekaan dan susun atur almari ini.

Dengan harga yang berpatutan tetapi ciri mewah, PAX menjadi solusi yang menyeimbangkan fungsi dan estetika untuk rumah moden.

Jadi, itu adalah tiga produk paling banyak dijual di IKEA pada tahun 2024 ini. Untuk anda, apakah produk atau kelengkapan rumah yang menjadi pilihan anda di sepanjang tahun 2024?

Komen