Ditawarkan dalam kuantiti yang terhad, ZNWR menampilkan koleksi pakaian yang unik bersempena Tahun Baharu 2025 – set blazer dan juga gaun yang diperbuat daripada plastik bubble wrap (pembungkus gelembung).
Dari segi rekaannya, ia tidak menampilkan apa-apa lapisan pada bahagian dalam – sekadar mempunyai lapisan plastik pada bahagian luar yang lutsinar.


Berdasarkan perkongsian ZNWR di laman Instagram rasmi mereka, kehadiran koleksi ini adalah untuk mereka yang ingin melangkah keluar dari norma dan mencipta pernyataan fesyen yang unik. Ia juga diperlihatkan sebagai simbol keberanian untuk menjadi yang berbeza dalam kalangan pakaian lain di mana-mana acara.
Untuk Bubbles Dress dan Bubbles Jacket ini, ia tidak jual secara meluas dan hanya menampilkan 20 unit sahaja untuk setiap satu pakaian.