Carian
Mixue Buka Kedai Mercu Pertama Di Malaysia – Terletak Di Gateway@KLIA2
December 30, 2024 Lina Rosli

Mixue kini membuka kedai mercu pertamanya di Malaysia bagi menawarkan pengalaman yang lebih unik dan menyeluruh kepada pelanggan setia mereka.

Terletak di L2-90A & 90C yang berada di tingkat 2, Gateway@KLIA2, kedai mercu ini mudah diakses oleh para penggemar di kawasan sekitar.

Apa yang membezakan kedai mercu ini dengan rangkaian francais yang lain adalah penawaran ruang minum yang lebih besar yang mana akan hadir dengan bilangan kerusi yang lebih banyak selain turut menampilkan kaunter untuk Mixue Coffee yang tersendiri.

Untuk anda yang belum mengenali jenama ini, Mixue adalah rangkaian pencuci mulut dan minuman terkenal yang berasal dari China.

Sejak penubuhannya pada tahun 1997, Mixue telah berkembang pesat dengan lebih 20,000 cawangan di seluruh dunia. Jenama ini popular kerana menawarkan pilihan ais krim lembut dan minuman segar pada harga yang mampu milik.

Komen